Ianya bermula dengan Bitcoin.

Bitcoin telah dilancarkan pada bulan Januari 2009 oleh Satoshi Nakamoto dan dalam proses itu, menjadi cryptocurrency yang pertama di dunia.

Walaupun sambutan terhadap Bitcoin agak suam di hari-hari awalnya, konsep pembayaran digital peer-to-peer yang tidak memerlukan orang tengah dan bukan dikawal oleh mana-mana kerajaan atau entiti kewangan begitu menggiurkan! Dan apabila ditambah dengan konsep blockchain yang merupakan lejar atas talian yang terbuka, telus, tidak boleh diubah suai dan kekal selama-lamanya, sudah tentu Bitcoin menarik perhatian semua orang yang mencintakan ketelusan, keadilan, efisiensi dan kemajuan.

Tak lama kemudian, beberapa individu sedar yang mereka boleh mencipta cryptocurrency mereka sendiri, yang mempunyai ciri-ciri yang lebih baik daripada Bitcoin. Lalu mereka pun melancarkan cryptocurrency yang lebih baik itu. Ini termasuklah Litecoin.

Beberapa individu lain pula melancarkan cryptocurrency yang mempunyai tujuan-tujuan tertentu. Contoh di sini ialah Monero yang berkhusus kepada sekuriti dan privasi.

Dalam masa yang sama, beberapa individu lain pula sedar yang konsep blockchain boleh diaplikasikan kepada banyak benda yang lain, dan tidak perlu dihadkan kepada cryptocurrency semata. Jadi lahirlah Ethereum.

Bak kata perpatah Inggeris, the floodgates were opened. Puluhan, ratusan dan sekarang ribuan cryptocurrency telah dilancarkan! Jumlah cryptocurrency semasa saya menulis buku ini sudah melebihi 5,250! Jumlah ini sudah tentu akan lebih tinggi waktu anda membacanya.

Baik. Itu jumlah cryptocurrency.

Apa yang lebih pentingnya ialah apakah mereka berguna, bernilai dan bolehkah kita menjana wang di sana?

Jawapannya ialah BOLEH! Sudah tentu boleh.

Lihat saja pulangan dua coin berikut:

Nilai Bitcoin telah naik daripada kosong pada tahun 2009 kepada $19,000+ pada hujung tahun 2017! Sebenarnya, pulangan ini adalah pulangan infiniti sebab modal permulaannya adalah kosong. Tetapi untuk memberikan angka, pulangannya ialah 190,000,000% atau 509% setahun (dengan kiraan modal permulaannya ialah $0.01).

Ethereum pula bermula dengan nilai $0.43 semasa pelancarannya di bulan Julai 2015. Nilainya berlegar di paras tersebut sepanjang 2015 dan 2016 sebelum meroket bermula bulan Mac 2017 dan naik setinggi $1,422 di bulan Januari 2018! Jadi Ethereum telah memberikan pulangan 330,597% atau 1,389% setahun!

Saya tidak tahu mana-mana produk ataupun instrumen kewangan lain yang memberikan pulangan yang begitu tinggi dalam sejarah dunia!

Dan sebelum anda menjerit yang nilai semua crytocurrency ini telah jatuh menjunam dengan ketara pada tahun 2018 dan 2019 (sesetengahnya jatuh hingga 80%!), poin yang saya hendak berkongsi di sini ialah pulangan yang telah mereka berikan adalah insane!

Jika ia berlaku sebelum ini, pulangan yang sama juga boleh berlaku esok.

.

Jadi peluang untuk buat wang besar memang wujud dalam dunia cryptocurrency. Dalam masa yang sama, peluang untuk kehilangan wang besar memang wujud dalam dunia cryptocurrency!

Jawapannya ialah untuk mendapatkan ilmu yang secukupnya sebelum anda melangkah masuk ke dalam dunia ini.

Berita baiknya ialah laman web ini merupakan langkah pertama dan pembuka tirainya.

Jadi baca laman ini sampai ke akhirnya. Dapatkan ilmu asas tentang Altcoin dan kemudian buat keputusan anda sendiri.

.

MENGAPAKAH PULANGAN DARIPADA CRYPTOCURRENCY TINGGI MENGGUNUNG?

Anda mungkin bertanya mengapakah pulangan daripada cryptocurrency amat tinggi sekali, malah ketahap menggunung dan meroket! Ada cryptocurrency yang telah memberikan pulangan 1,000%, 3,000% dan malah 8,000% dalam masa setahun! Contohnya Ripple memberikan pulangan 3,415%, Ethereum memberikan pulangan 4,279% dan NEM memberikan pulangan 8,662% di tahun 2017 saja!

.

NEM: Pulangan dari Julai - Disember 2017

 

Jika anda kurang arif tentang pulangan daripada pelaburan (ROI), pulangan sebegini adalah sangat, super dan extra tinggi! Ini adalah kerana jika kita boleh mendapatkan pulangan 15% setahun daripada mana-mana pelaburan, itu sudah dikira amat bagus sekali. Malah ini seperti menang loteri! (Sila ambil perhatian yang saya guna istilah 'menang loteri' di sini sebagai pembayang cerita saja, ya? Saya tak suruh anda beli loteri! Haram!) Jadi ROI yang masuk ribuan peratus ini sudah kira tahap dewalah! Malah ianya mengalahkan ROI yang diberikan oleh banyak scam!

Jadi bagaimana dan mengapa cryptocurrency boleh memberikan ROI yang begitu tinggi?

Jawapannya ialah kerana cryptocurrency merupakan aset pertama dalam sejarah dunia yang boleh disertai oleh manusia sejagat. Ya, semua manusia di dunia ini boleh turut serta dan melabur dalam cryptocurrency. Syaratnya hanyalah dua:

(a) wang (sudah tentu)

(b) akses internet.

Tak ada syarat lain. Tak kira rupa, bangsa, agama, jantina dan kerakyatan - semuanya boleh melabur dalam cryptocurrency.

Jika anda tak tahu, boleh dikatakan semua pelaburan yang lain - saham, unit amanah, emas, perak dan sebagainya - mempunyai banyak sekatan. Sebagai contoh, rakyat Malaysia tak boleh beli banyak saham di bursa saham di Amerika Syarikat. Kita juga tak boleh beli banyak dana-dana (mutual funds) yang berpangkalan di negara itu. Dan situasi yang sama juga berlaku disebaliknya. Rakyat Amerika tak boleh melabur dalam ASB atau Tabung Haji! Malah situasi ini bukan terhad kepada rakyat Amerika saja; ianya digunapakai untuk semua rakyat di negara asing - mereka semua tidak dibenarkan melabur dalam ASB atau Tabung Haji.

Situasi ini boleh digunapakai untuk kebanyakan pelaburan yang lain. Kebanyakkanya mempunyai had dan/atau sekatan tertentu. Dan had atau sekatan ini bermakna hanya segelintir manusia saja yang boleh melabur dalam pelaburan tersebut. Ini bermakna demand yang terhad. Yang seterusnya bermakna ROI yang terhad juga.

Tetapi oleh kerana kita semua boleh melabur dalam cryptocurrency, ini bermakna potensi jumlah pelaburnya melebihi 7 bilion! Malah, jika kita tolak 6 bilion penduduk dunia (kerana mereka masih kecil atau sakit atau tak berupaya atau tinggal di pendalaman), potensi pelaburnya masih 1 bilion!

Dan sepertimana anda tahu, demand yang tinggi membawa kepada nilai yang tinggi! Itulah sebabnya mengapa ROI daripada cryptocurrency boleh naik menggunung.

Dalam masa yang sama, saya juga perlu mengingatkan anda yang walaupun ada cryptocurrency yang telah memberikan pulangan yang menggunung ini, kebanyakkannya (lebih daripada 80 peratus!) akan merugikan anda saja!

Jadi sebelum membuat pelaburan tu, dapatkan ilmunya sebanyak mungkin supaya anda dapat mengenal pasti yang mana satu intan dan yang mana satu kaca.

Jika tidak, ketika orang lain tersenyum lebar mendapat pulangan 1,000%, anda menangis darah kerana terjebat dalam coin scam

.

JADI APAKAH ITU ALTCOIN?

Jawapan pendek kepada soalan ini amat mudah: Altcoin adalah semua cryptocurrency yang bukan Bitcoin!

Atau dalam kata lain, mereka merupakan alternatif kepada Bitcoin.

Baik. Sekarang saya berikan jawapan panjangnya pula:

'Altcoin' adalah gabungan dua istilah: 'alt' dan 'coin'.

'Alt' menandakan 'alternatif' dan 'coin' menandakan (pada dasarnya) 'cryptocurrency'.

Selepas kejayaan Bitcoin, mata wang digital peer-to-peer i.e. cryptocurrency lain muncul dalam usaha untuk meniru kejayaan itu. Malah, mereka muncul bagaikan pekerja asing di Malaysia - banyak, cepat, berbagai jenis dan rupa dan hampir tidak terkawal!

Dan kerana istilah 'Altcoin' bermakna semua cryptocurrencies yang bukan Bitcoin, ini bermakna yang terdapat lebih 5,000 Altcoin semasa saya menulis laman ini! Ini termasuklah yang terkenal dan popular seperti Ethereum, Ripple, Binance Coin, Tether dan Litecoin kepada yang kabur seperti Mixin, Tap dan Centrality kepada yang scam seperti OneCoin, Visa Coin dan Speed Coin.

Pada umumnya, mereka memprojekkan diri mereka bukan saja sebagai alternatif kepada Bitcoin tetapi alternatif yang lebih baik daripada Bitcoin. Ya, semuanya mengaku mereka adalah yang lebih baik daripada Bitcoin!

Dan oleh kerana terdapat lebih daripada 5,000 Altcoin semasa ini, istilah Altcoin itu mungkin sudah menjadi overkill. Ini adalah kerana coin-coin tersebut mempunyai banyak perbezaan diantara satu dengan lain sehinggakan mungkin persamaan yang ada hanyalah mereka merupakan cryptocurrency! Semuanya mempunyai pasukan pemaju mereka sendiri, penggunaan alternatif mereka sendiri serta peluang pelaburan untuk pelabur.
.

Senarai Top 10 cryptocurrency pada 9 Apr 2020

 

Anda dah pening?

Usah gentar, wiraku. Teruskan pembacaan anda!

 

MENGAPAKAH JUMLAH ALTCOIN INI BEGITU BANYAK SEKALI?

Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, selepas melihat kejayaan Bitcoin yang mendapat sokongan besar daripada pelabur di seluruh pelusuk dunia, cryptocurrency lain pun muncul dalam usaha untuk meniru kejayaan itu. Dan kebanyakkannya menawarkan beberapa kelebihan jika dibandingkan dengan Bitcoin.

Sebagai contoh, Litecoin dilancarkan pada bulan October 2011 oleh Charlie Lee, bekas Engineering Director di syarikat CoinBase. Litecoin adalah fork daripada Bitcoin yang mempunyai berberapa perbezaan termasuklah masa penjanaan blok 2.5 minit (lawan 10 minit untuk Bitcoin), jumlah maksimum coin 61 juta (lawan 21 juta untuk Bitcoin), algoritma hashing yang berbeza (Scrypt dan bukan SHA-256), dan GUI yang diubah suai.

Beberapa coin baru juga dilancarkan untuk tujuan-tujuan tertentu seperti Ripple (XRP) yang diciptakan untuk menjadi pilihan penyelesaian yang paling pantas dan berkesan untuk institusi kewangan, Monero (XMR) yang menawarkan tahap privasi yang paling tinggi sementara Ethereum dan Neo yang dibangunkan untuk memperluaskan penggunaan teknologi blockchain di luar industri kewangan.

Dan dengan peredaran masa, proses untuk melancarkan coin-coin baru ini menjadi lebih senang, cepat dan murah.

Poin yang terakhirnya ialah kerana tidak ada undang-undang di kebanyakkan negara yang menghadkan pelancaran coin-coin baru ini. Malah, jika ada undang-undang yang menghadkan pelancaran coin-coin baru ini pun tidak ada gunanya kerana ianya tidak boleh dikuatkuasa pun!

Semua poin-poin ini bak memberikan lampu hijau untuk sesiapa yang berminat untuk melancarkan coin mereka!

Bagaimanapun sebab utama mengapa jumlah Altcoin ini begitu banyak sekali ialah senang sekali - ianya memberi peluang untuk ramai orang terutamanya mereka yang melancarkan coin tersebut untuk buat wang besar. Dan jumlah wangnya memang besar - masuk berbilion dolar. Siapa yang tak nak?

Baik. Itulah serba sedikit maklumat tentang Altcoin. Sudah tentunya cerita sepenuhya lebih banyak, lebih panjang dan lebih mendalam.

.

BERITA YANG LEBIH PENTING

Jadi saya pun menghasilkan menghasilkan Pakej eBook ini supaya lebih ramai orang boleh memahami tentang Altcoin dan bagaimana mereka boleh turut sama berinteraksi dalam dunia cryptocurrency ini dengan selamat.

Pakej eBook ini menerangkan konsep Altcoin, sejarahnya, bagaimana ianya diterbitkan, mengapa ianya selamat, bagaimana untuk membeli dan menjual Altcoin, dan sama pentingnya, amaran tentang kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan oleh pelabur (supaya anda boleh mengelakkan kesilapan-kesilapan tersebut). Poin yang terakhir itu amat kritikal kerana ribuan penjahat, hacker serta scammer wujud dalam dunia cryptocurrency. Mereka ini hanya menunggu peluang untuk mencuri Altcoin anda. Satu kesilapan, dan anda mungkin akan kehilangan semua Altcoin anda!

Bahasa yang digunakan dalam Pakej eBook ini juga adalah simple dan mudah difaham. Jika anda memahami laman web ini, anda akan dapat memahami kandungan eBook tersebut!

Jadi tuan-tuan dan puan-puan, saudara saudari sekalian, selamat datang ke Pakej eBook RAHSIA ALTCOIN - Panduan Asas 6 Cryptocurrency Terpilih.

Baca, praktik dan buat duit!

.

Siapa Saya & Bagaimana
Saya Boleh Membantu Anda...

.

Apa Yang Bakal Anda Perolehi Daripada Pakej eBook Ini???

Pakej eBook ini dibahagikan kepada 3 bahagian. Tujuan ianya dibahagikan ialah supaya lebih mudah dan cepat untuk anda membaca, memahami dan seterusnya merujuk isi kandungannya.
.

eBook 1: Operasi Altcoin

.


.
Bahagian pertama ini merupakan pengenalan dan menjawap soalan-soalan berkaitan dengan operasi Altcoin.

Berikut adalah diantara kandungannya:

  • Apakah itu cryptocurrency?
  • Apakah itu Altcoin?
  • Apakah itu wallet?
  • Apakah perbezaan diantara hot wallet and cold storage?
  • Dimana untuk mendapatkan wallet?
  • Apakah perbezaan diantara coin dan token?
  • Apakah itu exchange?
  • Bagaimana caranya untuk membeli Altcoin di Malaysia?
  • Apakah perbezaan diantara POW, POS dan DPOS?
  • Mengapakah decentralization itu penting?
  • Apakah itu mining?
  • Apakah perbezaan mining dengan forging?
  • Apakah itu stablecoin?
  • Apakah itu Masternode?
  • Apakah itu ERC-20?
  • Apakah itu smart contract?
  • Apakah itu sharding?
  • Apakah itu blockchain?
  • Apakah itu DeFi?
  • Apakah itu fork?
  • Bolehkah Altcoin di hack?
  • Apakah itu ICO?
  • Tahap sekuriti

 

eBook 2: Esei Tentang Altcoin

.


.
Bahagian kedua eBook ini adalah koleksi esei tentang Altcoin.

Berikut adalah diantara kandungannya:

  • Tip untuk mengelakkan daripada terjerumus dalam scam
  • Adakah Altcoin patuh-syariah?
  • Adakah Altcoin sah untuk digunakan di Malaysia?
  • Apakah ciri-ciri yang boleh menjadikan nilai sesuatu coin itu meroket?
  • Jika anda melabur dalam Altcoin
  • Berapa banyak wang yang patut anda laburkan dalam Altcoin?
  • Anda perlu melabur ketika Altcoin tidak popular
  • Jangan pinjam wang untuk melabur

 

eBook 3: Rahsia 6 Altcoin

.


.
eBook ini mungkin merupakan bahagian yang paling penting dalam pakej eBook ini. Ini adalah kerana saya membongkarkan rahsia 6 Altcoin yang paling menonjol dalam eBook ini. Mereka adalah:

  1. Ethereum
  2. Binance Coin
  3. Ripple
  4. BAT
  5. Nexo
  6. Monero

Saya ceritakan sejarah mereka, operasi, poin yang menarik dan juga prospek masa depan mereka. Jika semuanya mengikut perancangan, peluang untuk nilai kesemua Altcoin ini meroket ke angkasa amat tinggi sekali.

 

Berapakah Harga Pakej eBook Ini?

 

Mengapakah ilmu yang saya kongsikan dalam Pakej eBook ini Altcoin ini terlalu berharga?

Jawapan dan realitinya ialah anda tidak akan mendapat ilmu untuk buat duit ini dalam Altcoin ini dengan senang. Ianya adalah hampir mustahil untuk anda mendapatkan ilmu Altcoin yang tepat, neutral (tidak berat sebelah) dan komprehensif daripada orang lain! Realitinya, kebanyakkan ilmu yang dikongsikan oleh kedua-dua pengguna dan pengkritik Altcoin adalah tak sempurna, berat sebelah atau salah sama sekali! Dan mereka yang tahu pula hanya akan memberikan bayangannya saja; mereka tidak akan menceritakan ilmunya dari A hingga Z seperti yang saya lakukan dalam Pakej eBook ini. Ya, saya menceritakan semuanya dengan komprehensif di dalam eBook saya.

Dan bersenjatakan dengan ilmu yang komprehensif, anda boleh melangkah masuk ke dalam Altcoin ini dengan penuh keyakinan. Dan sama pentingnya, anda juga boleh mengelak daripada melakukan kesilapan yang akan merugikan anda.

Salah satu poin negatif tentang cryptocurrency ialah kewujudan ribuan penjahat, hacker dan scammer. Mereka ini memang berkeliaran dan hanya menunggu peluang untuk mencuri wang dan juga Altcoin anda. Sebagai contoh, lebih 90% daripada laman web yang menawarkan servis mining pool adalah scam! Satu contohnya ialah scam Bitclub Network yang baru saja berkubur. Apa yang lebih menyedihkan ialah beratus-ratus rakyat Malaysia telah terjerumus dalam scam BCN ini!

Malah sesetengah daripada laman web para scammer ini lebih hebat dan canggih daripada laman web yang menawarkan servis yang betul! Jadi bagaimana anda boleh mengenalpasti mana satu yang betul? Jawapannya sudah tentu ilmu.

Tanpa ilmu yang secukupnya, peluang anda untuk terjerumus ke dalam perangkap mereka adalah amat tinggi. Dan jika anda tersilap langkah, anda akan kehilangan semua Altcoin anda!

Jadi ilmu ini memang amat berharga.

Jadi berapakah harganya memandangkan poin-poin yang saya sebut di atas? Anda mungkin jangka harganya masuk ribuan ringgit, atau sekurang-kurangnya ratusan ringgit.

Tetapi anda amat beruntung kerana harganya bukan:

RM1,000

RM750

RM500

Tetapi hanyalah RM290!

Mungkin ada pembaca yang masih berkata harga Pakej eBook ini adalah tinggi. TETAPI APA YANG LEBIH PENTING DARIPADA HARGA IALAH ILMU YANG SAYA TAWARKAN. Realitinya anda tidak akan mendapat ilmu untuk buat duit ini dalam Altcoin ini dengan senang. Ianya adalah hampir mustahil untuk anda mendapatkan ilmu Altcoin yang tepat, neutral (tidak berat sebelah) dan komprehensif daripada orang lain! Kalau ada orang bercerita pun, mereka akan memberikan bayangannya saja; mereka tidak akan menceritakan ilmunya dari A hingga Z seperti yang saya lakukan dalam Pakej eBook ini. Ya, saya menceritakan semuanya dengan komprehensif di dalam eBook saya.

Dan bersenjatakan dengan ilmu yang komprehensif, anda boleh melangkah masuk ke dalam alam Altcoin ini dengan betul dan dengan penuh keyakinan. Anda juga boleh mengelak daripada melakukan kesilapan besar yang akan merugikan anda.

Jadi pandang pada ilmu yang bakal anda miliki.

Pandang kepada wang anda yang bakal anda jana.

Pandang kepada kebebasan dan keindahan yang boleh diberikan oleh wang tersebut.

Dan jika anda merupakan di antara pembeli pertama Pakej eBook ini (sepanjang tempoh pelancaran ini), maka anda amat beruntung kerana saya akan memberikan tawaran yang amat istimewa kepada anda. Saya akan berikan diskaun tambahan kepada anda; jadi harga Pakej eBook ini sekarang hanyalah...

.

.

Tetapi tawaran istimewa ini hanyalah bertahan sepanjang tempoh pelancaran ini sahaja. Harga Pakej eBook ini akan naik sebaik sahaja tempoh pelancaran ini tamat. Jadi buat tempahan anda sekarang juga.

 

Ada BONUS ISTIMEWA buat ANDA...

 

Untuk menjadikan pemilikan Pakej eBook ini lebih bernilai, lebih menarik dan lebih bermakna untuk ANDA, saya menawarkan 4 Bonus Istimewa secara PERCUMA buat anda yang segera memiliki pakej ini.

Mari kita lihat...

.

Bonus Istimewa 1: Video Mastering Your Money

Dalam video ini, saya akan berkongsi rahsia yang boleh menolong anda menguruskan kewangan peribadi anda. Dalam video bahasa Inggeris ini, saya akan berkongsi strategi yang paling efektif untuk menguruskan wang anda. Langkah-langkah ini adalah mudah tetapi ianya amat berkesan dan akan menolong anda membina kehidupan yang lebih baik untuk diri dan keluarga. Anda tidak akan hanyut lagi apabila mendengar orang membincangkan wang setelah menonton video ini.

.

Bonus Istimewa 2: Video The Truth About Return On Investment (ROI)

Saya akan membongkarkan The Truth About ROI dalam video ini. Ilmu ini adalah amat kritikal kerana anda akan membuat pelaburan sepanjang hidup anda dan juga akan melabur berkali-kali! Jadi lebih cepat anda mempelajari ilmu ini, lebih baik untuk anda.

Saya berkongsi 3 tip tentang ROI dalam video (bahasa Inggeris) ini, dan sama pentingnya, pulangan realistik yang anda boleh jangkakan daripada pelaburan anda. Sebagai bonus, saya juga berkongsi beberapa tip untuk mengenal pasti scam.

.

Bonus Istimewa 3: Video Borrowing Money To Invest

Bonus ketiga ialah Video Borrowing Money To Invest.

Anda perlu meminjam wang jika anda mahu membina kekayaan besar. Tetapi oleh kerana hutang bagaikan parang yang boleh makan tuan, anda perlu tahu bila masanya anda boleh meminjam wang, dan bila masanya anda patut mengelak dari berhutang.

Saya membongkarkan juga jumlah hutang yang tepat untuk anda dalam video (bahasa Inggeris) ini.

 

Bonus Istimewa 4:
Sesi Webinar

 

Bonus keempat ialah sesi rakaman Webinar. Sesi Webinar selama 75 minit ini telah dibuat secara LIVE pada 28 Jun 2020 dulu. Antara lain, saya telah berkongsi beberapa tip tambahan, strategi pelaburan Altcoin saya sendiri serta menjawab soalan-soalan daripada peserta dalam sesi Webinar ini.

Jadi apa yang anda dapat dalam Pakej eBook ini merangkumi 3 eBook, 3 Rakaman Video, dan Rakaman sesi Webinar.

.

[*Gambar sekadar hiasan sahaja.
Semua produk dalam Pakej eBook ini adalah berbentuk digital.]

 

Jadi jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang Altcoin, maka Pakej eBook ini boleh membantu anda. Klik butang TEMPAH SEKARANG dan miliki Pakej eBook serta kesemua hadiah BONUS PERCUMA ini.

 

Bonus Istimewa 5: Video 5 Tips On How To Create Multiple Streams Of Income


Dan untuk menambahkan serinya, jika anda merupakan diantara 200 PEMBELI PERTAMA Pakej eBook ini, saya akan menghadiahkan satu lagi video (bernilai RM150) kepada anda dengan PERCUMA! Jadi tak usah tunggu lagi; bertindak segera dan klik butang TEMPAH SEKARANG!

.

KOMEN PEMBACA

 


.


.

Kini Segalanya Terserah Kepada Anda...

 

Anda sebenarnya sangat-sangat memerlukan Pakej eBook ini jika tidak mana mungkin anda masih lagi membaca hingga ke bahagian ini kan....

Jadi tidak perlulah ANDA menidakkannya. ANDA memang AMAT-AMAT mahu memiliki Pakej eBook ini.

Pilihan terletak di tangan anda sekarang. Anda perlu bertindak segera kerana dengan tindakan segera sahajalah yang akan menjamin kejayaan anda. Jika hari ini anda bertangguh maka 5 tahun lagi pun anda akan bertangguh juga dan nasib hidup anda tidak akan berubah.

Anda perlu klik butang BUAT PESANAN berikut dan terus tempah Pakej eBook anda sekarang kerana harga istimewa ini tidak akan kekal serendah ini. Malah ia hanya akan bertahan hanya sedikit masa lagi.
.

 

Yang benar,

 

 

 

 

 

Azizi Ali
Mentor Wang

p/s: Pakej eBook RAHSIA ALTCOIN ini bakal membantu anda membuat pilihan yang lebih bijak dan selamat. Klik butang TEMPAH SEKARANG.

p/p/s: Ingat yang tawaran RM190 ini hanyalah bertahan sepanjang tempoh pelancaran ini sahaja. Jadi bertindaklah dan BUAT PESANAN anda sekarang juga!

 


 

This eBook Package is purely educational. The strategies outlined are not guaranteed to produce any particular results. Results may vary from the ones stated on the website and package. You agree that you are solely responsible for any results obtained from the contents of this package. Azizi Ali and the publisher specifically disclaim any responsibility for any liability, loss or risk, personal of otherwise, which is incurred as a consequence, directly or indirectly, for the use and application of any of the contents in the package.

All decisions made by Azizi Ali and True Wealth Sdn Bhd are final and binding upon the parties herein.

 

Copyright TrueWealth Sdn Bhd 2020.